Thursday 29 January 2015

MAKLUMAN : MESYUARAT VERIFIKASI DATA SMPK 1/2015 DAERAH KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum,
Makluman Kepada Semua GURU Prasekolah Daerah Kuala Terengganu,
Satu Mesyuarat Verifikasi Data SMPK 1/2015 akan diadakan pada :

Tarikh             :           05 Februari 2015 (KHAMIS)
Tempat           :           BILIK MESYUARAT SMK BUKIT TUNGGAL
Masa               :           11.30pg – 4.30petang

Sehubungan dengan itu, diminta semua Guru Pra, diminta memuatturun surat melalui URL berikut : http://1drv.ms/15Pcmlg

* Sila baca dan patuhi surat edaran. Setiap sekolah WAJIB menghantar 1 Guru Prasekolah untuk Hadir.

Terima kasih.

Tuesday 27 January 2015

PENTING : Mohon Tindakan Segera (4)

Assalamualaikum,
Makluman Kepada Semua GURU dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu,
PAKK JPNT sedang membuat semakan kerosakan alatan di prasekolah seluruh negeri Terengganu.
Sehubungan dengan itu, diminta Semua GURU dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu, untuk melayari URL http://goo.gl/forms/OmMfkTZlZw dan mengisi segala maklumat peralatan yang rosak.
Sila pastikan anda mengikut format yang diarahkan dan sila gunakan HURUF BESAR untuk semua item.

* Pengisian maklumat kerosakan ini adalah bermula dari hari ini, 27 Januari 2015 hingga 28 Januari 2015, (jam 5.00 petang sahaja). Mohon bertindak dengan segera supaya semua kerosakan dapat tersenarai untuk penggantian.

Terima kasih.


Tuesday 20 January 2015

PENTING : Mohon Tindakan Segera (3)

Assalamualaikum,
Makluman Kepada Semua GURU dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu,
Unit Maklumat dan ICT PPD Kuala Terengganu sedang menaiktaraf sistem maklumat asas InfoBlast.
Sehubungan dengan itu, diminta Semua GURU dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu, untuk melayari URL http://goo.gl/forms/L0XFg9qFUb dan mengisi segala maklumat yang diperlukan.
Sila pastikan anda mengikut format yang diarahkan dan sila gunakan HURUF BESAR untuk semua item kecuali email ITEM EMAIL.

* Pengisian maklumat ini adalah bermula dari 20 Januari 2015 hingga 23 Januari 2015, (jam 3.00petang)

Terima kasih.

Saturday 17 January 2015

PENTING : Mohon Tindakan Segera (2)


Assalamualaikum,
Kepada semua Guru Besar Dan Guru Prasekolah Daerah Kuala Terengganu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul maklumat berkaitan guru Pendidikan Islam (J-Qaf dikecualikan) yang mengajar di kelas prasekolah tetapi belum pernah  mengikuti kursus pendedahan berkaitan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Sehubungan dengan itu, dimohon pihak tuan untuk menyenaraikan maklumat guru-guru berkenaan didalam tapak data melalui URL berikut : http://1drv.ms/1BhnzZA. Tarikh akhir pengisian ialah pada hari Isnin, 19/01/2015, jam 12.30 tengahari.
Sila kemaskini dengan kadar yang segera kerana data akan digunakan untuk penyenaraian kursus di peringkat JPN.


~Nota : tapak data juga boleh diakses melalui tab:
MUATTURUN KLIK FOLDER 2015KLIK Senarai Guru PAI Belum Kursus KSPK
Harap maklum...

Friday 16 January 2015

Takwim Persekolahan 2015

Assalamualaikum,
Berikut ialah Takwim Persekolahan 2015 untuk rujukan Guru-Guru Prasekolah dan PPM Daerah Kuala Terengganu.
Juga disertakan Diari Mingguan yang telah disesuaikan dengan cuti.
Juga disertakan Jadual Pembayaran Gaji untuk rujukan.


--

Monday 12 January 2015

PENTING : Mohon Pengisian Segera

Assalamualaikum,
Kepada semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu, sila semak kedudukan terkini Data Murid Prasekolah di Data Murid Pra Awal Tahun 2015 dan sila buat pembetulan data mengikut kohort umur berdasarkan kehadiran dan kedudukan terkini murid pada hari pertama persekolahan pada hari ini.
Sila semak dan kemaskini dengan kadar yang segera kerana data akan digunakan untuk pembentangan data di peringkat KPM.


~Nota : tapak data juga boleh diakses melalui tab:
MUATTURUN KLIK FOLDER 2015KLIK Data Murid Pra Awal Tahun 2015
Harap maklum...

Thursday 8 January 2015

Berita Terkini PRA - Mohon Ambil Tindakan Segera

Assalamualaikum,
Didapati masih terdapat sekolah yang belum menghantar Rumusan @ Bilangan Murid Terkini Program Prasekolah.

Sekolah-sekolah tersebut ialah :

TBA3004 SK PUSAT BUKIT BESAR
TBA3007 SK LADANG  
TBA3011 SK CHENDERING
TBA3023 SK WAKAF MEMPELAM
TBA3038 SK UNDANG
TBA3045 SK SEBERANG TAKIR
TBA3047 SK MENGABANG TELIPOT
TBA3053 SK BUKIT CHEMPAKA
TBA3055 SK BUKIT NANAS
TBA3063 SK KEBOR BESAR
TBA3067 SK KAMPUNG GEMUROH
TBA3083 SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT
TBA3090 SK KUBANG IKAN
TBA3091 SK TELUK KETAPANG
TBA3101 SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR
TBA3105 SK KOMPLEKS TEMBESU

Mohon untuk dihantarkan segera ke Unit Prasekolah PPDKT dan juga satu salinan ke Unit PAKK JPNT.

Harap maklum.

Tuesday 6 January 2015

Berita Terkini PRA - Masalah Portal & Muatturun Surat

Memandangkan portal PPDKT mengalami masalah pada folder MUATTURUN, maka blog ini diwujudkan untuk memudahkan Guru Prasekolah, PPM dan juga pihak sekolah untuk memuatturun Surat, Pekeliling dan juga edaran yang akan diselia oleh Penyelia Prasekolah PPD Kuala Terengganu. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi saya, Kamal Fatimi B Azmi, Penyelia Pendidikan Khas Dan Swasta (Penyelia Prasekolah). Harap Maklum.

2015 - Satu Permulaan Baru

Assalamualaikum... Bersempena dengan kehadiran tahun 2015 ini saya dengan ini ingin mengucapkan bilionan terima kasih kepada semua GPra dan PPM yang telah memberikan kerjasama yang cemerlang kepada saya dan PPDKT serta JPNT dalam semua xtvt serta program sepanjang tahun 2014. Saya juga memohon agar pada tahun 2015 ini kita dapat sama2 lagi untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat demi untuk kepentingan anak2 prasekolah kita. Insya Allah pada tahun ini akan menjanjikan perubahan dan pembaharuan dalam pelaksanaan program dan xtvt. SELAMAT TAHUN BARU 2015 & Guru Penyayang Murid Berkualiti.