Monday 14 September 2015

SEGERA : PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU 2016

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sedang mengumpul data berkaitan Kesediaan Murid Prasekolah Ke Tahun Satu 2016. Sehubungan dengan itu, diminta Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah untuk membuat pengisian IKMTS tersebut untuk SEMUA MURID 6 TAHUN SAHAJA mengikut kelas masing-masing.
       
Instrumen IKMTS Individu adalah untuk simpanan sekolah manakala Instrumen IKMTS Kelas adalah untuk dikembalikan ke Penyelia Prasekolah melalui email=
kamalf.azmi@gmail.com
Sebelum atau pada 20 September 2015, jam 2.30 petang. Sila gunakan panduan dibawah.


PANDUAN PENGISIAN

INSTRUMEN KESEDIAN MURID PRASEKOLAH KE TAHUN SATU 2016

 

 

  1. Muatturun BAHAN IKMTS.zip dari Portal Surat PPDKT  ( http://ppdkt.net/v2 ) menggunakan Login ID dan Katalaluan sekolah masing-masing atau melalui OneDrive http://1drv.ms/1EVUVAM.

 

  1. Extract BAHAN IKMTS.zip dan pastikan fail-fail berikut berada dalam keadaan baik.
    1. IKMTS-Individu.docx
    2. KELAS-1.xlsx
    3. KELAS-2.xlsx
    4. KELAS-3.xlsx

 

  1. Buka IKMTS-Individu.docx dan masukkan semua nama murid 6 Tahun yang berada didalam kelas masing-masing. Isikan setiap Instrumen dengan betul berdasarkan pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan.

 

  1. Setelah siap, semua data dari IKMTS-Individu.docx perlu dipindahkan ke KELAS-1.xlsx

 

  1. Tukar nama fail KELAS-1.xlsx ke nama sekolah dan kelas masing-masing seperti berikut : Cth = TBA3000-SK KUBA-PRA ANNISA.xlsx

 

  1. Jika sekolah mempunyai lebih dari satu kelas prasekolah, sila isikan IKMTS Kelas secara berasingan dan jika kelas tersebut tiada murid yang berumur 6 Tahun, sila nyatakan TIADA MURID 6 TAHUN diruangan JUMLAH MURID.

 

  1. Sila mohon bantuan dari Guru Data atau EIO di sekolah jika anda mengalami masalah berkaitan pengisian.

 

  1. Emailkan IKMTS Kelas yang telah siap diisi SECARA KELOMPOK (jika mempunyai kelas prasekolah lebih dari satu) ke kamalf.azmi@gmail.com.

Saturday 5 September 2015

SEGERA : BORANG PENYERTAAN KARNIVAL DAN SYARAT PENYERTAAN

Assalamualaikum.

Kepada SEMUA Guru Prasekolah di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Sila muatturun Borang Penyertaan Karnival Daerah dan Syarat-syarat Pertandingan melalui URL ini : http://1drv.ms/1NgwReg

Sila isi borang Penyertaan tersebut dan hantarkan semula borang yang lengkap diisi pada@sebelum 09 SEPTEMBER 2015 Jam 02.30petang ke :
Penyelia Prasekolah PPD Kuala Terengganu
Aras 2, PPDKT

Jika tidak menyertai mana-mana acara, sila isikan borang tersebut dengan X .

Sekian, Harap maklum.