Thursday 4 February 2016

PENTING : TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH 2016


Assalamualaikum.
Bersama-sama ini dikepilkan surat panggilan untuk Taklimat Pengurusan Prasekolah, Guru-Guru Prasekolah Terengganu tahun 2016.

Sila ambil perhatian kepada tarikh untuk daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja.

Harap Maklum..




Wednesday 3 February 2016

PERHATIAN : LANGKAH PENCEGAHAN WABAK DENGGI

Assalamualaikum...
Mohon kepada semua untuk ambil perhatian..
Berikutan dengan penularan wabak denggi dan bilangan pesakit yang semakin meningkat di Hospital dan Klinik, diharapkan semua premis pendidikan termasuk prasekolah dijaga dan diselia dengan rapi..
Antara langkah2 yang perlu diambil ialah :
1. Pastikan tiada bekas yg menakung air terutamanya tapak pasu, pelapik kaki meja, takung pam tandas, longkang, gutter laluan air di atap dan dimana2 sahaja yg boleh menakung air.

2. Pastikan membuat semburan pembunuh nyamuk setiap hari sebelum anak2 pra kita sampai ke kelas setiap pagi kerana waktu aktif nyamuk ialah dari jam 6pagi hingga 9 pagi dan 6petang hingga 9malam.

3. Pastikan pokok rimbun disekitar kawasan kelas dijaga kerana disitu biasanya nyamuk berehat.

4. Digalakkan untuk kelas menggunakan pembunuh nyamuk elektrik ( berlampu biru)

5. Galakkan anak2 pra kita meminum banyak air masak sepanjang berada didalam kelas.

Semoga wabak ini dapat dielakkan dari menular ke kawasan kita. Sekian.