Wednesday 29 July 2015

PENTING - PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

Assalamualaikum,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua sekolah yang mempunyai prasekolah dikehendaki mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan diulang siar didalam surat JPNTserta mengambil tindakan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. Segala borang yang digunakan hendaklah disimpan didalam fail di prasekolah masing-masing (Borang ASAL) dan juga perlu dihantarkan ke Penyelia Prasekolah PPD Kuala Terengganu ( SATU Salinan  semua borang yang terlibat, disahkan dan di Failkan) pada atau sebelum 15 Disember 2015.


Sila Muaturun Surat @ Arahan Penuh Bersekali dengan borang melalui portal http://www.ppdkt.net/v2 . Sila gunakan katalaluan sekolah masing-masing

PENTING - PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENILAIAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 2015

Assalamualaikum,

Unit Prasekolah PPD Kuala Terengganu dengan ini memohon agar Tuan/Puan Guru Besar yang mempunyai Prasekolah untuk memaklumkan kepada GPra @ PPM Prasekolah masing-masing untuk membuat pengisian penilaian SKPK  dengan kadar yang segera. Sila gunakan URL berikut : https://smpk.moe.gov.my/index.php dan log masuk menggunakan LOGIN ID dan PASSWORD sekolah masing-masing. Pengisian tersebut perlu diselesaikan pada atau sebelum Khamis, 06 Ogos 2015 jam 04.30petang.

-- 

Saturday 18 July 2015

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum...
Saya dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah Daerah Kuala  Terengganu  dan  Kuala  Nerus...
Kepada yang balik ke kampung, pandulah dengan cermat... 'Biar lambat, Asalkan selamat.. Patuhilah peraturan jalan raya'...
'Ingatlah orang yang tersayang'...

SELAMAT  MENYAMBUT  HARI  LEBARAN  DRPD  KAMAL  FATIMI  DAN KELUARGA...