Wednesday 6 July 2016

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT BERPISAH

Assalamualaikum

Dikesempatan yang ada ini, saya, Kamal Fatimi b Azmi, ingin memohon jutaan kemaafan diatas segala kekhilafan, kesilapan, kesalahan pada tutur kata dan perbuatan saya, sama ada secara sedar @ tidak sedar atau secara langsung @ secara siaran tertunda...

Juga terima kasih diucapkan kepada semua diatas kerjasama dan kerjabuat sama-sama yang telah dilaksanakan selama saya menjadi Penyelia Prasekolah PPDKT...

Sedih rasanya hati ini untuk berpisah...
Pedih rasanya perasaan ini untuk berpindah...
Tapi, apakan daya, sudah suratan tertulis kita bertemu pada Ogos 2014 dan berpisah pada Julai 2016...

Terkilan rasa dihati kerana masih banyak program yang ingin dirancang, dimusyawarahkan dan dilaksanakan bersama, tapi apakan daya, hajat tak sampai dan jodohnya tiada...

Kepada semua ​GPra dan PPM Pra​ , maafkan saya jika terdapat sebarang kesilapan semasa saya memimpin anda semua...
Semoga Penyelia baharu anda dapat memimpin dan membantu anda lebih baik dari saya...

Nombor talifon saya tidak akan bertukar (insyaallah) dan jika anda masih perlukan bantuan, sila hubungi saya pada bila2 masa (kecuali tengah malam)...

Sekali lagi....
Maafkan saya....
Terima kasih....

Juga....
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dari saya untuk semua....

~