Sunday 15 November 2015

PENTING : TAKLIMAT KHAS MAJLIS KHATAM PROGRAM PINTAR AL-QURAN NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015

Assalamualaikum,
Berikut ialah Surat Taklimat, Surat Hebahan dan juga Tag Nama Khatam Al-Quran untuk tahun ini..

--

Friday 16 October 2015

PENTING : ULANG SIAR SURAT PENGECUALIAN SUNTIKAN TIFOID PPM PRASEKOLAH


ULANG SIAR SURAT PENGECUALIAN SUNTIKAN  TIFOID PPM PRASEKOLAH

Mohon diedarkan kepada sesiapa yang berkenaan

Friday 9 October 2015

SEGERA : PELAKSANAAN PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU (IKMTS) - BARU

Tuan,
 
Untuk makluman, bagi mendapatkan laporan Kesediaan Murid Ke Tahun Satu tahun 2015 yang lebih komprehensif, Sektor Pengurusan Prasekolah, BPSH telah membuat sedikit penambahbaikan kepada template skor sekolah, PPD dan JPN iaitu dengan menambah pengumpulan data berkaitan dengan kesediaan murid dalam kemahiran asas 3M.

Sehubungan dengan itu, template skor yang baharu beserta kaedah pengisiannya boleh dimuatturun melalui http://1drv.ms/1GzEvZP untuk tindakan selanjutnya. Tarikh pengisian peringkat sekolah ialah bermula dari 09 Oktober hingga 15 Oktober 2015.

Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian, terima kasih.



http://1drv.ms/1GzEvZP
--

Thursday 1 October 2015

PERHATIAN : SENARAI NAMA PESERTA DAN GURU PENGIRING KT & KN KE KARNIVAL BIJAK PRA PERINGKAT NEGERI 2015

Assalamualaikum,
Mohon kepada semua guru prasekolah berkenaan untuk mengmbil tindakan berkaitan surat ini.

Terima kasih.

--

Monday 14 September 2015

SEGERA : PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU 2016

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sedang mengumpul data berkaitan Kesediaan Murid Prasekolah Ke Tahun Satu 2016. Sehubungan dengan itu, diminta Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah untuk membuat pengisian IKMTS tersebut untuk SEMUA MURID 6 TAHUN SAHAJA mengikut kelas masing-masing.
       
Instrumen IKMTS Individu adalah untuk simpanan sekolah manakala Instrumen IKMTS Kelas adalah untuk dikembalikan ke Penyelia Prasekolah melalui email=
kamalf.azmi@gmail.com
Sebelum atau pada 20 September 2015, jam 2.30 petang. Sila gunakan panduan dibawah.


PANDUAN PENGISIAN

INSTRUMEN KESEDIAN MURID PRASEKOLAH KE TAHUN SATU 2016

 

 

  1. Muatturun BAHAN IKMTS.zip dari Portal Surat PPDKT  ( http://ppdkt.net/v2 ) menggunakan Login ID dan Katalaluan sekolah masing-masing atau melalui OneDrive http://1drv.ms/1EVUVAM.

 

  1. Extract BAHAN IKMTS.zip dan pastikan fail-fail berikut berada dalam keadaan baik.
    1. IKMTS-Individu.docx
    2. KELAS-1.xlsx
    3. KELAS-2.xlsx
    4. KELAS-3.xlsx

 

  1. Buka IKMTS-Individu.docx dan masukkan semua nama murid 6 Tahun yang berada didalam kelas masing-masing. Isikan setiap Instrumen dengan betul berdasarkan pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan.

 

  1. Setelah siap, semua data dari IKMTS-Individu.docx perlu dipindahkan ke KELAS-1.xlsx

 

  1. Tukar nama fail KELAS-1.xlsx ke nama sekolah dan kelas masing-masing seperti berikut : Cth = TBA3000-SK KUBA-PRA ANNISA.xlsx

 

  1. Jika sekolah mempunyai lebih dari satu kelas prasekolah, sila isikan IKMTS Kelas secara berasingan dan jika kelas tersebut tiada murid yang berumur 6 Tahun, sila nyatakan TIADA MURID 6 TAHUN diruangan JUMLAH MURID.

 

  1. Sila mohon bantuan dari Guru Data atau EIO di sekolah jika anda mengalami masalah berkaitan pengisian.

 

  1. Emailkan IKMTS Kelas yang telah siap diisi SECARA KELOMPOK (jika mempunyai kelas prasekolah lebih dari satu) ke kamalf.azmi@gmail.com.

Saturday 5 September 2015

SEGERA : BORANG PENYERTAAN KARNIVAL DAN SYARAT PENYERTAAN

Assalamualaikum.

Kepada SEMUA Guru Prasekolah di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Sila muatturun Borang Penyertaan Karnival Daerah dan Syarat-syarat Pertandingan melalui URL ini : http://1drv.ms/1NgwReg

Sila isi borang Penyertaan tersebut dan hantarkan semula borang yang lengkap diisi pada@sebelum 09 SEPTEMBER 2015 Jam 02.30petang ke :
Penyelia Prasekolah PPD Kuala Terengganu
Aras 2, PPDKT

Jika tidak menyertai mana-mana acara, sila isikan borang tersebut dengan X .

Sekian, Harap maklum.

Wednesday 19 August 2015

PENTING - PROGRAM SEHARI BERSAMA PENGARAH

Sila ambil Tindakan....

--

Monday 17 August 2015

PENTING : PERTANDINGAN MEWARNA DAN KOIR PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS 2015

Sila rujuk Lampiran Diatas...

--

Monday 10 August 2015

PENTING - TAKLIMAT KHAS AKTIVITI KO-AKADEMIK PRASEKOLAH 2015

Assalamualaikum..

Sehubungan dengan perkara diatas, Tuan/Puan adalah diminta untuk mengarahkan  dari sekolah Tuan/Puan untuk hadir ke taklimat tersebut sebagaimana butiran berikut :

Tarikh        :    17 OGOS 2015 (ISNIN)
Tempat        :    BILIK MESYUARAT SMK BATU RAKIT
Masa        :    01.00 Tengah hari – 4.30petang
       
Agenda :
i.    Ucapan Aluan Pengerusi
ii.    Taklimat Instrumen Bimbingan Pagi Pengurusan Prasekolah
iii.    Taklimat Karnival Ko-Akademik Prasekolah
iv.    Hal-hal lain

Kehadiran Guru Prasekolah dari sekolah Tuan/Puan adalah  DIWAJIBKAN dan tidak mewakilkan kepada mana-mana PPM @ Guru lain. Untuk makluman Tuan/Puan, segala urusan makan dan minum disediakan oleh pihak PPD manakala pengangkutan tidak disediakan. Tuntutan perjalanan boleh dibuat melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan yang sedang digunapakai.


--

Sunday 2 August 2015

PENTING : STATUS PENGISIAN SKPK SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS

Sila rujuk GAMBAR diatas..

-- 

Wednesday 29 July 2015

PENTING - PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

Assalamualaikum,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua sekolah yang mempunyai prasekolah dikehendaki mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan diulang siar didalam surat JPNTserta mengambil tindakan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. Segala borang yang digunakan hendaklah disimpan didalam fail di prasekolah masing-masing (Borang ASAL) dan juga perlu dihantarkan ke Penyelia Prasekolah PPD Kuala Terengganu ( SATU Salinan  semua borang yang terlibat, disahkan dan di Failkan) pada atau sebelum 15 Disember 2015.


Sila Muaturun Surat @ Arahan Penuh Bersekali dengan borang melalui portal http://www.ppdkt.net/v2 . Sila gunakan katalaluan sekolah masing-masing

PENTING - PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENILAIAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 2015

Assalamualaikum,

Unit Prasekolah PPD Kuala Terengganu dengan ini memohon agar Tuan/Puan Guru Besar yang mempunyai Prasekolah untuk memaklumkan kepada GPra @ PPM Prasekolah masing-masing untuk membuat pengisian penilaian SKPK  dengan kadar yang segera. Sila gunakan URL berikut : https://smpk.moe.gov.my/index.php dan log masuk menggunakan LOGIN ID dan PASSWORD sekolah masing-masing. Pengisian tersebut perlu diselesaikan pada atau sebelum Khamis, 06 Ogos 2015 jam 04.30petang.

-- 

Saturday 18 July 2015

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum...
Saya dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah Daerah Kuala  Terengganu  dan  Kuala  Nerus...
Kepada yang balik ke kampung, pandulah dengan cermat... 'Biar lambat, Asalkan selamat.. Patuhilah peraturan jalan raya'...
'Ingatlah orang yang tersayang'...

SELAMAT  MENYAMBUT  HARI  LEBARAN  DRPD  KAMAL  FATIMI  DAN KELUARGA...

Tuesday 23 June 2015

SEGERA - PENGISIAN DATA MAKLUMAT SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) SEMAKAN SETENGAH TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa baru-baru ini terdapat pergerakan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah dan juga Pertukaran Guru Prasekolah secara besar-besaran di seluruh Terengganu.

Sehubungan dengan itu, Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan,SMPK akan dibuka untuk pembaikan Maklumat Staf dan boleh diakses serta dikemaskini melalui URL http://smpk1.moe.gov.my bermula 22 Jun 2015 hingga 29 Jun 2015 Jam 02.30 petang.

Sila Rujuk Lampiran Untuk Proses Buang/Masuk Staf

Fwd: SEGERA - PENGUMPULAN MAKLUMAT BERKAITAN KOMPUTER PRASEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sedang membuat Pengumpulan Maklumat Berkaitan Komputer Prasekolah Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus. Untuk mengisi maklumat tersebut, diminta kepada Ketua Penyelaras Prasekolah tuan untuk melayari (pilih satu URL sahaja)

http://goo.gl/forms/t5xKiKVHdQ
atau
http://ow.ly/OBAU8

dan membuat pengisian sebagaimana yang dikehendaki. Tarikh akhir pengisian ialah sebelum atau pada 28 Jun 2015, Jam 4.30petang.


SEGERA - PENGUMPULAN MAKLUMAT BERKAITAN KOMPUTER PRASEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sedang membuat Pengumpulan Maklumat Berkaitan Komputer Prasekolah Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus. Untuk mengisi maklumat tersebut, diminta kepada Ketua Penyelaras Prasekolah tuan untuk melayari (pilih satu URL sahaja)

http://goo.gl/forms/t5xKiKVHdQ
atau
http://ow.ly/OBAU8

dan membuat pengisian sebagaimana yang dikehendaki. Tarikh akhir pengisian ialah sebelum atau pada 28 Jun 2015, Jam 4.30petang.


-

Tuesday 26 May 2015

PENTING : PENGUMPULAN MAKLUMAT KURSUS PENGENDALIAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH 2015

Assalamualaikum.
Perhatian kepada SEMUA PPM PRASEKOLAH, PPDKT sedang mengumpul data berkaitan Kursus Pengendalian dan Penyedian Makanan Selamat dengan tujuan untuk memastikan semua PPM Prasekolah di daerah Kuala Terengganu telah pun mendapat sijil yang diperlukan untuk menjalankan tugas masing-masing.

Jika borang yang dimuatturun dari portal ppdkt.net/v2 adalah kurang jelas, maka bersama-sama ini disertakan borang yang sama untuk di muatturun.

Sila pastikan borang tersebut lengkap diisi dan dikembalikan kepada En. Kamal Fatimi B Azmi, Penyelia Pendidikan Khas, Swasta dan Prasekolah di Aras 2, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sebelum atau pada 31 Mei 2015, Jam 12.45 petang.

Sekian. Harap Maklum
--