Sunday 10 January 2016

PENTING : PERINGATAN AWAL TAHUN 2016

Assalamualaikum..
Mohon kepada semua GPra dan PPM Pra untuk membuat pemeriksaan peti sejuk, tempat simpanan bahan mentah kering dan basah serta tempat simpanan beras.

1. Sila pastikan peti sejuk mencapai tahap beku(freezer) dan tahap sejuk 5%C(chiller) supaya barang mentah yang disimpan tidak tercemar.

2. Pastikan bekas simpanan bahan mentah kering dan basah kedap udara untuk mengelakkan berkulat.

3. Pastikan tempat simpanan beras sentiasa tertutup dan tidak di intai oleh tikus.

4. Pastikan alatan memasak sentiasa dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

5. Pastikan pinggan mangkuk dan cawan serta sudu, garfu, senduk dan sudip disimpan didalam bekas bertutup dan sentiasa dibasuh sebelum dan selepas digunakan.

6. Pastikan apron, sarung tangan pakai buang dan penutup kepala dipakai semasa menyediakan makanan.

7. Amalkan prinsip FIFO, iaitu First In, First Out.. Guna barang yang dibeli lama baru guna yang baru.

8. Pastikan bahan yang berada dalam plastik disalin kedalam bekas lain yg kedap udara dan labelkan nama bahan beserta tarikh luput.

9. Jangan gunakan bahan pengawet @ bahan yang menggunakan bahan pengawet.

10. Elakkan penggunaan bahan2 berikut:
A. Ajinomoto
B. Sardin
C. Mono Sodium Glutamat

11. Utamakan barangan buatan Muslim (bukan cap Muslim) seperti:
A. Mee kuning Arif
B. Minyak Saji
C. Kicap Cap Kipas Udang
D. Bihun Faiza
E. Beras Faiza
F. Lain2 produk buatan Muslim.

Sama2lah kita menjaga kebersihan demi keselamatan anak2 pra kita dan kita sendiri.

Sekian. Harap maklum.

Tuesday 5 January 2016

PENTING-PENGISIAN DATA MURID DAN SMPK

Assalamualaikum…
Perhatian kepada semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah.
Sila klik http://1drv.ms/1kbkFyY dan isikan maklumat bilangan murid di sekolah masing-masing mengikut bilangan terkini.

Sila pastikan HANYA PETAK KUNING DIISI.

Juga dimaklumkan bahawa SMPK telah pun dibuka untuk proses kemasukan data murid dan staf. Sila mulakan pengisian dan pastikan semua maklumat murid adalah lengkap sebelum @ pada 20 Januari 2016.

Sekian, Harap Maklum.


Sunday 3 January 2016

PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 - PENYELIA PRASEKOLAH PPDKTrg



Assalamualaikum..
Esok, akan bermulanya sesi persekolahan tahun 2016...
Saya ingin mengucapkan SELAMAT BERTUGAS kepada semua Guru Prasekolah dan PPM Prasekolah daerah KT dan KN.

Jalankan tanggungjawab yang diamanah dengan sebaik-baiknya...

Esok, akan ada yang akan menangis, meraung, menggelupur, sebbek dan macam kerenah dari anak2 pra kita..

Bersabarlah..
Anda ialah ibu dan bapa kedua mereka dan anda adalah penentu kepada arah tuju mereka...

Esok, mereka akan ditunggu oleh ibubapa, mungkin untuk beberapa hari, mungkin untuk beberapa minggu..
Jangan tunjukkan kebengkengan kita didepan ibubapa.. senyumlah walaupun dibuat2...

Esok, mungkin ada yang datang dengan hidung berdeney.. mungkin juga datang dengan ber pampers.. bersabarlah..
Bentuklah mereka, ulilah mereka, canailah mereka dan persiaplah mereka untuk proses PdP...

Esok, mungkin akan ada ibu atau bapa yang akan mengendap, meng skodeng dan mengintai... jangan bimbang.. bukan anda yang di intai... tapi anak2 mereka...

Esok, mungkin akan ada yang nussuk bawah meja, berdiri atas kerusi, krabat grill atau mungkin ada yang berkejaran...
Tegurlah dengan penuh kasih sayang... janganlah di jerkah sampai pengsan..

Esok, pakailah baju yang paling comel anda ada.. pakailah tudung berlip lap.. pakailah baju yang sesuai..
Tunjukkan impression yang baik kepada anak pra dan ibubapa mereka.. Jangan pulok mari sekolah esok berkemban serupa sang kelembai...

Itu saja pesan saya..
Ingat..
Jika dari pra budak suka ke sekolah, Insyallah budak itu akan berjaya..
Jika dari pra budak takut ke sekolah, MasyaAllah akan jadi hantu lah dia...

Yang benar,
KAMAL FATIMI BIN AZMI
Penyelia Prasekolah PPDKTrg