Sunday 10 January 2016

PENTING : PERINGATAN AWAL TAHUN 2016

Assalamualaikum..
Mohon kepada semua GPra dan PPM Pra untuk membuat pemeriksaan peti sejuk, tempat simpanan bahan mentah kering dan basah serta tempat simpanan beras.

1. Sila pastikan peti sejuk mencapai tahap beku(freezer) dan tahap sejuk 5%C(chiller) supaya barang mentah yang disimpan tidak tercemar.

2. Pastikan bekas simpanan bahan mentah kering dan basah kedap udara untuk mengelakkan berkulat.

3. Pastikan tempat simpanan beras sentiasa tertutup dan tidak di intai oleh tikus.

4. Pastikan alatan memasak sentiasa dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

5. Pastikan pinggan mangkuk dan cawan serta sudu, garfu, senduk dan sudip disimpan didalam bekas bertutup dan sentiasa dibasuh sebelum dan selepas digunakan.

6. Pastikan apron, sarung tangan pakai buang dan penutup kepala dipakai semasa menyediakan makanan.

7. Amalkan prinsip FIFO, iaitu First In, First Out.. Guna barang yang dibeli lama baru guna yang baru.

8. Pastikan bahan yang berada dalam plastik disalin kedalam bekas lain yg kedap udara dan labelkan nama bahan beserta tarikh luput.

9. Jangan gunakan bahan pengawet @ bahan yang menggunakan bahan pengawet.

10. Elakkan penggunaan bahan2 berikut:
A. Ajinomoto
B. Sardin
C. Mono Sodium Glutamat

11. Utamakan barangan buatan Muslim (bukan cap Muslim) seperti:
A. Mee kuning Arif
B. Minyak Saji
C. Kicap Cap Kipas Udang
D. Bihun Faiza
E. Beras Faiza
F. Lain2 produk buatan Muslim.

Sama2lah kita menjaga kebersihan demi keselamatan anak2 pra kita dan kita sendiri.

Sekian. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment