Thursday 26 February 2015

INFO : Cara Mengenalpasti Kanak-Kanak Autisme

Wednesday 25 February 2015

MAKLUMAN : MESYUARAT KHAS PENGURUSAN DAN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU PRASEKOLAH JPN TERENGGANU BAGI DAERAH KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum,
Makluman Kepada Semua GURU BESAR sekolah yang ada Prasekolah Daerah Kuala Terengganu,
Satu MESYUARAT KHAS PENGURUSAN DAN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU PRASEKOLAH JPN TERENGGANU BAGI DAERAH KUALA TERENGGANU  akan diadakan pada :

Tarikh             :           08 MAC 2015 (AHAD)
Tempat           :           BILIK MESYUARAT SMK BUKIT TUNGGAL
Masa               :           08.00pg – 05.00petang

Sehubungan dengan itu, semua Sekolah / Guru Besar / Guru Pra, diminta memuatturun surat melalui URL berikut : http://1drv.ms/1wiDQXh

* Sila baca dan patuhi surat edaran. Setiap sekolah WAJIB menghantar 1 Guru Prasekolah untuk Hadir.

** Sila senantiasa merujuk http://prappdkt.blogspot.com untuk berita dan makluman dari Unit Prasekolah PPD Kuala Terengganu.

Terima kasih.





--

Monday 23 February 2015

PERINGATAN : AMARAN CUACA PANAS - Awasi Anak-Anak Prasekolah Kita...

Assalamualaikum.
Berikutan amaran cuaca  panas yang melanda negara dan negeri kita sekarang, adalah dinasihatkan  agar anak-anak prasekolah  kita diberi minum air yang kerap dan kurangkan aktiviti luar yang memberi pendedahan secara terus kepada suhu yang melampau.
Diminta kepada semua Guru Prasekolah  dan juga PPM Prasekolah mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan perkara ini.

Harap maklum.

Saturday 21 February 2015

MAKLUMAN : MESYUARAT KHAS BERSAMA KU PAKK JPNT PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum,
Makluman Kepada Semua GURU Prasekolah Daerah Kuala Terengganu,
Satu Mesyuarat Khas Bersama Ketua Unit PAKK JPNT akan diadakan dalam masa yang terdekat (awal Bulan Mac).

Sehubungan dengan itu, diminta semua Guru Prasekolah diminta untuk menyenaraikan permasalahan di Prasekolah masing-masing untuk di kemukakan dan diajukan ketika mesyuarat tersebut.

* Sila pastikan permasalahan tersebut adalah berkaitan dengan tadbir urus prasekolah sahaja.

Terima kasih.