Thursday 10 August 2017

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2018 Boleh Dibuat Mulai 5 Ogos 2017 Hingga 20 Ogos 2017



--

"Guru Penyayang Murid Berkualiti"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 Saya yang menurut perintah,

( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )


TEL.(HP)         : 013 9830496
Email  : kamalf.azmi@gmail.com

Saturday 24 June 2017

Salam AidilFitri Dari Kami.....

Assalamualaikum...

 

Kepada semua yang mengenali diri saya ini, 

 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,

Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,  

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.

MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…

 

"Lisan kadang-kadang tak terjaga,

Janji kadang-kadang terabaikan,

Hati kadangkala berprasangka,

Sikap kadangkala menyakitkan,

Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.

Syawal akan menjelang."

  

Kata Imam Al-Ghazali :

"Yang jauh itu WAKTU,

yang dekat itu MATI,

yang besar itu NAFSU,

yang berat itu AMANAH,

yang mudah itu BERBUAT DOSA,

yang panjang itu AMAL SOLEH,

yang indah itu SALING MEMAAFKAN"

 

"Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh..,

Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung..,

Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa,

Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku.

Mohon diberi kemaafan."

 

Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah

 

Saya dengan ini ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

 

Dari :

Kamal Fatimi B Azmi,

Rohazima Bt Salleh,

Siti Nur Khairunnisa,

Siti Nur Aisyah,

Kamal Zulhakimie,

Siti Nur Insyirah,

Siti Nur Mursyidah,

Siti Nur Adibah.

 

2017...

 


( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )


TEL.(HP)         : 013 9830496
Email  : kamalf.azmi@gmail.com

Monday 15 May 2017

SELAMAT HARI GURU 2017

Assalamualaikum...

Jazakumullahhu khairan katsira kepada semua guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika,Prasekolah,  Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. 

Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

Aaminn



Untuk renungan bersama...

Pada saya cikgu-cikgu sentiasa menjadi mangsa keadaan... 
Cikgu di caci orang x bising... 
Cikgu di hina orang x bising.... 
Cikgu di herdik orang x bising... 
Cikgu di pukul orang x bising... 
Cikgu di saman orang x bising.... 
Niat cikgu sering disalah ertikan... 
Cikgu korban duit untuk murid orang x pandang.... 
Cikgu korban masa untuk murid orang x pandang... 
Cikgu korban tenaga untuk murid orang x pandang... 
Cikgu korban rasa untuk murid orang x pandang.... 
Cikgu korban perasaan anak-anak dan keluarga untuk murid orang x pandang.... 
Cikgu buat segala kebaikan untuk murid orang x pandang....
Pengorbanan cikgu orang x pandang.... 
Niat cikgu sering di salah ertikan..... 

Di sekolah, cikgu sentiasa ingatkan murid supaya 
Sentiasa menghormati ibu bapa... 
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa.... 
Sentiasa menyayangi ibu bapa.... 
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... 
Jangan biadab dengan ibu bapa.... 
Jangan melawan ibu bapa... 
Jangan derhaka pada ibu bapa...

Tapi berapa ramai ibu bapa yang ingatkan anak 
Supaya hormati cikgu..... 
Supaya mengenang jasa cikgu... 
Supaya menyayangi cikgu... 
Supaya tidak bercakap kasar dengan cikgu... 
Supaya tidak biadap dengan cikgu... 
Supaya tidak melawan cikgu... 
Supaya tidak derhaka pada cikgu....

Gaji cikgu yang sering diungkit... 
Hadiah untuk cikgu yang sering diungkit... 
Cuti cikgu yang sering diungkit.... 

Seorang dua cikgu yang buat silap, semua cikgu kena kutuk... 
Seorang dua cikgu yang buat salah, semua cikgu kena hina... 
Cikgu pun manusia biasa....

Orang yang bukan cikgu  
Tidak pernah memahami perasaan cikgu.... 
Tidak pernah memahami hati cikgu...

Orang x tahu... 
bila tiba hari kejohanan sukan, cikgu kumpul duit untuk tampung beli makanan murid.... 
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan cikgu kumpul duit untuk tampung beli hadiah untuk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang x tahu, 
Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yang bernilai 30 sen dari seorang murid yang miskin... 
Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yang bernilai 50 sen dari seorang murid yang miskin..
Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang dari pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai cikgu...
Biarkan apa orang nak kata...
Biarkan apa orang nak cerca...
Biarkan apa orang nak nista...
Biarkan apa orang nak hina...

Bukan pujian yang cikgu pinta...
Bukan sanjungan yang cikgu damba....
Bukan darjat yang cikgu puja..
Bukan hadiah yang cikgu paksa...

Serahlah saja pada yang Esa..
Sekali cikgu, selamanya cikgu..

Kepada sahabat-sahabatku yang bergelar cikgu...

SELAMAT HARI GURU
Terima kasih cikgu...

I'm proud to be a teacher...👩‍🏫👨‍🏫

Ilham rasa
"Aku Orang Biasa"

Tuesday 21 March 2017

HEBAHAN : PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KPM 2017 - TERENGGANU


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Program Jelajah Pendidikan KPM pada 25 dan 26 Mac 2017 di Perkarangan Mydin Mall Kuala Terengganu, Terengganu dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti pameran, showcase dan banyak lagi. Semua dijemput hadir.







Monday 13 March 2017

TAKLIMAT KHAS e-PRASEKOLAH ONLINE 2018 PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS

( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )


TEL.(HP)         : 013 9830496
Email  : kamalf.azmi@gmail.com

MAKLUMAN NOMBOR TELEFON RASMI PPD KUALA NERUS





( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )

TEL.(HP)         : 013 9830496
Email  : kamalf.azmi@gmail.com

Sunday 5 March 2017

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2018 SECARA ONLINE


Cara Mendaftar Prasekolah Secara Online Bagi Sesi 2018 Seluruh Negeri

Untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh membuat pendaftaran prasekolah 2018 secara online atau secara manual melalui prasekolah yang dipilih.

Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak berusia sekitar 4-5 tahun bolehlah bersiap-sedia dan mula melihat pilihan prasekolah yang ada di sekitar sebelum membuat pendaftaran.

Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah

Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:

·        Kanak-Kanak WargaNegara Malaysia Sahaja

·        Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2012 – 15 Januari 2014

Tempoh Permohonan Prasekolah 2018

1. Secara Atas Talian

Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017

2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon

Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017

 

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Online

Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Isi Borang Online

Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.

2. Cetak Borang Permohonan

Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.

Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.

3. Semak Status Permohonan

Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.

Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.

 

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Manual

1. Ambil Borang

Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.

2. Lengkapkan Borang

Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.

3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan

Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.

Wednesday 1 March 2017

PERMOHONAN PRASEKOLAH 2018⤵

PERMOHONAN PRASEKOLAH 2018⤵

Permohonan kemasukan ke prasekolah bagi tahun 2018 dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Mei 2017. Permohonan hendaklah dibuat secara online di 
Kemudian perlu mencetak borang dan hantar ke prasekolah bg tujuan semakan. Keputusan pengambilan murid juga perlu disemak secara online... sekian utk makluman

Friday 3 February 2017

LUAHAN RASA SEORANG YANG BERGELAR GURU....

#ceritateachershafina

IBU BAPA vs Cikgu Pra vs Cikgu SK vs Cikgu SMK vs IPT

Amaran: Post ini mungkin mengandungi kadar kesentapan yang jitu. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa kecuali ambe. Kalau terasa, mohon hadam selumat-lumatnya.

Isu ini sudah lama. Macam lagu 'Bangau oh Bangau' tu….  Ambe terbaca post di mana cikgu SK menyalahkan cikgu PRA tentang anak-anak yang tidak tahu membaca dan menulis. So, ambe nok kabo, ambe menulis ni sebab ambe rasa ambe layak dan berpengalaman ini. Ambe pernah mengajar di SK, SMK, IPT dan kini di PRA. Ambe rasa belaka semua cabarannya.Ambe cerita satu-satu ye.

Bermula mengajar di SK. Anak-anak kampung. Ngajor English pulak. Tak tahu apa pon cikgu. Tadika pon tak pergi. Memang mencabar tahap nangis nak balik Kelumpo sokmo ( masa tu sekolah di Kuala Terengganu). Tapi, disebabkan ambe cikgu English yang vogue lagi adventurous, ambe redahkan jua. Alhamdulillah, walaupun huru –hara nak membaca dalam Bahasa Inggeris, tapi banyak lagu-lagu simple yang mereka boleh hafal. 'Mungkin sebab suara ambe sedap macam Mariah Carey. Tapi nak kabo, memang mencabar….

Mengajar pula di SMK. Tingkatan 1 masih ada lagi yang tidak boleh membaca. Sekolah kategori Bandar tapi banyak budak-budak kampung. Memang frust dan hilang semangat bila mengenangkan 6 tahun belajar di sekolah rendah, anak-anak ini belajar apa? Apa masalah sampai 6 tahun belajar A,B, C pon tak kenal?Apa cikgu sekolah rendah buat untuk menangani masalah ni? Wah….. soalan macam wakil rakyat nak pegi pilihanraya kan? Ngeh ngeh ngeh…. Tapi itulah senarionya.

Tukar profil pula. Kali ini mengajar  di sebuah kolej di ibu negara. Simple sentence structure. Mengucap panjang …………… Ayat Bahasa Inggeris yang sangat basic. Itupon tak boleh hadam. Apalah yang korang belajar masa sekolah rendah, sekolah  menengah? Takkan tak dapat sikit pon? Apa yang menyebabkan korang mengalami kesengalan tahap melampau ni? Bahasa Inggeris bertulis memang jahanam, Bahasa Inggeris Komunikasi apatah lagi…. Terer lagi Pak Guard Bangla speaking. Itu pun ada hati nak demand gaji start kerja  3 ribu keatas…Phuiiiii…

Now, ambe di Prasekolah. Bulan pertama..memang banyak nangis. Menangis betul betul tau. Korang mana tau. Masa ni, hilang semua persepsi SK, SMK, IPT. Sesungguhnya mengajar PRA itu sangatlah mencabarnya. Ibarat kain putih, nak buat lukisan, korang pelukisnya. Haaaaaaaaaaaaa…… ko ghase? Anak-anak 4,5,6 tahun. Pegang pensil pon tak reti. Jangankan pegang pensil, nak kencing pon bersepah lagi ke kiri ke kanan, nak makan pon bersuap, tangan pun kaku, nak siat kertas pun tak pandai. Belum lagi masuk episod mak bapak bagi tab anak layan youtube sampai tengah malam, sampai tadika tidur, mengamuk, berak merata-rata.Tapi, baru 30 hari di tadika, ibu bapa dah tanya….. " cikgu, anak saya dah pandai baca ke belum?"
Haha
Haha
Hahahahahah…….
Maka ambe menjawab. 
"Define 'pandai'?"

Dunia kini dah berubah. Dulu GURU dihormati, sekarang silap sikit, siap dapat MAKI. 
"Saya bayar cikgu, saya saman cikgu nanti"

Cukuplah orang di luar planet KEGURUAN ini tidak memahami kita …..
Yang dikata, diherdik itu siapa cikgu? Kita juga kan CIKGU?
Cukup-cukuplah menyalahkan sesama kita. Cabarannya tak sama. Level anak-anak juga berbeza. Kita CIKGU, kena bersatu padu. Jangan main tunjuk-tunjuk, kau begini, aku begitu!!!!!! PAHAM?

Amboi, panjang sangat dah ni. Cukuplah. Ambe nok sambung membaca. Ada Kursus Bacaan kat tadika nanti. 

p/s Lepas ni ambe nok duduk kerusi kat Kementerian pulak. Macam mana agaknya jiwa, raga dan rasa duduk di sana….Sudikah melamar ambe ? hik hik hik…..bluwekkkkkkkkkkkkkk

#KGM copy paste