Wednesday 18 March 2015

MAKLUMAN : Surat & Borang Soal Selidik Pengurusan Pendidikan Prasekolah KPM

Assalamualaikum..
Perhatian Kepada SEMUA GB YANG MEMPUNYAI PRASEKOLAH...
Kepada Tuan/Puan GB yg budiman.. Surat jabatan PT 25001-03/01(02) bertarikh 11 Mac 2015 (was emailed) adalah di rujuk yg berkaitan dengan Soal Selidik Pengurusan Pendidikan Prasekolah KPM. Mohon dipastikan
Tuan/Puan GB menerima soal selidik berkenaan.

Jika
Tuan/Puan GB masih belum mendapat surat siaran dan juga borang tersebut, bersama ini dilampirkan sekali lagi Surat & Borang untuk  muatturun pihak Tuan/Puan GB.

Lengkapkan dan hantar kpd Penyelia Prasekolah di ARAS 1 UNIT PENTADBIRAN (DALAM KOTAK YG DISEDIAKAN) pada@sebelum 23 march 2015. Rumusan akn dibuat pada 24, dan akan dibentang pada 25 Mac di JPNT.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..

Friday 13 March 2015

INFO : CONTOH RESIT GST

BERI PERHATIAN.

WAJIB TELITI RESIT INI. BILA GST DIKENAKAN BULAN DEPAN,

Segala detail ini wajib ada pada resit. Anda boleh mengadu jika dikenakan gst tapi tiada ciri ciri ini.

---antara kelemahan GST ialah penyedia perkhidmatan, peniaga agak leceh sikit dengan sistem ini---


Sunday 8 March 2015

INFO : AWAS! Sila Jauhi Pokok Ini Dari Keluarga Anda

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.