Tuesday 31 May 2016

MAKLUMAN - STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Tuesday 17 May 2016

TAKLIMAT KHAS PENGGUNAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN (IPPK) DAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS

Assalamualaikum...
Mohon kepada Semua Guru Penyelaras Prasekolah untuk mengambil tindakan..
Terima kasih.


Virus-free. www.avast.com

Monday 16 May 2016

SELAMAT HARI GURU 2016 : “Guru : Pembina Negara Bangsa”

Assalamualaikum...
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.


Bunga Sirih untuk Guru
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

Selamat Hari Guru....

Mencanai Kerikil Menjadi Permata....


Virus-free. www.avast.com