Saturday 31 December 2016

UCAPAN TAHUN BARU 2017

Assalamualaikum...

Kepada semua GPra dan PPM Prasekolah Daerah Kuala

Terengganu dan Kuala Nerus...

Saat berganti menjadi minit
Minit berlalu menjadi jam
Waktu yang singkat seperti mimpi
Jadilah sebagai cahaya
Jadilah sinar dalam gelap
Jadilah inspirasi yang memberi perubahan

Tinggalkan segala bentuk kesedihan yang telah berlalu
biarkanlah ia berlalu,
bebaskanlah,
mari kita mulai mengharungi hidup yang baru
dengan penuh semangat dan optimisme menggebu

Esok, bermulanya buku baru,
Helaian pertama untuk KSPK Semakan
Minggu pertama untuk permulaan
Minggu pertama untuk perubahan

Kepada GPra yang baru,
Selamat bertugas ditempat baharu,
suasana baharu,
walau sedikit haru biru,
bersabarlah dahulu

Kepada GPra Kelas Peluasan,
Bersabarlah dengan keadaan,
Esok memang ada pelbagai dugaan,
Kerusi Meja masih kekurangan,
Tetapi cikgu jangan bimbang,
akan kami bantu hingga senang

Kepada GPra lama dan otai kawasan,
Mulakan esok dengan senyuman,
kalau ada parent datang,
beritahu elok2, ini bukan pusat asuhan,

Kepada PPM Prasekolah,
Mulakan hari esok dengan sarapan sedap
Biar murid cikeding menjadi tegap
Pastikan makan pagi lebih lebih hebat
Supaya murid balik teringat-ingat

Siapalah kami Penyelia Prasekolah kalau tanpa
sokongan, bantuan dan kerjasama dari anda semua

JIWA akan sepi tanpa TEMAN.
HATI akan mati tanpa IMAN.
HARI ini adalah KENYATAAN,
SEMALAM adalah KENANGAN,
ESOK adalah IMPIAN.
Sucikan HATI,
Jernihkan PIKIRAN,

Sambutlah Tahun Baru dengan positif..,
Selamat Tahun Baru 2017.


Dari:

Kamal Fatimi Azmi
Penyelia Pendidikan Khas, Swasta dan Prasekolah

PESANAN SEBELUM BERMULANYA SESI 2017

Assalamualaikum...

Kepada semua GPra dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus...

Berikut ialah sedikit pesanan dari KPM, JPNT dan PPD...

1. Pastikan kerusi murid cukup untuk digunakan bermula pada hari pertama, 01 Januari 2017. Jika kerusi tidak mencukupi, jangan letak sebilangan murid di kerusi dan sebilangan lagi di lantai.. biar semua duduk dilantai, itu lebih baik. (ini termasuk dalam kelas dan dalam tempat makan). Jangan bezakan darjat murid.

2. Pastikan juga Semua Dokumen PdP (RPH, Buku PPM dan Buku Kedatangan) siap sedia untuk disemak oleh Pegawai yang hadir.

3. Jika kelas terlibat dengan banjir ( air masuk ke ruang kelas, jalan masuk ke prasekolah ditenggelami air) pastikan murid dikumpulkan di kawasan kering (contoh: Dewan @ Bilik lain).

Selamat Menjalankan Tugas...

Dari:

Kamal Fatimi Azmi
Penyelia Pendidikan Khas, Swasta dan Prasekolah

Wednesday 30 November 2016

SELAMAT BERCUTI SEMUA.....



--

Saturday 12 November 2016

SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIA PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2016 PELAKSNAAN KURIKULUM STNDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN 2017)



--

"Guru Penyayang Murid Berkualiti"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 Saya yang menurut perintah,

( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )


TEL.(HP)         : 013 9830496
Email  : kamalf.azmi@gmail.com

Thursday 20 October 2016

TINDAKAN PENTADBIR & GPRA - KAJI SELIDIK KESEDIAAN SEKOLAH DALAM MELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) (SEMAKAN 2017)



-- 


SEGERA - PEREKODAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN (IPPK) BAGI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016



Sunday 9 October 2016

SEMINAR KURIKULUM STANDARDPRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN) BAGI GURU-GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2016

Assalam

 

Bersama-sama ini disertakan surat berkenaan untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. Sila panjangkan surat tersebut kepada pegawai/guru seperti dilampiran.

 

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Prasekolah Sektor Pengurusan Akademik di talian 09-6213396/09-6213025.

 

Sekian, terima kasih.



--

"Guru Penyayang Murid Berkualiti"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 Saya yang menurut perintah,

( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )


TEL.(HP)         : 013 9830496
Email  : kamalf.azmi@gmail.com

Wednesday 21 September 2016

TAKLIMAT SEBARAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN) KEPADA SEMUA GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016 KUMPULAN 2



Friday 16 September 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2016



Sunday 11 September 2016

SALAM AIDIL ADHA 2016 UNTUK SEMUA


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ
.
Diharapkan dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar, Aidil Adha tahun 2016M/1437H ini meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.


Wednesday 7 September 2016

PERHATIAN - PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME BAHASA INGGERIS (MAKE IT RIGHT) BAGI GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2016



Monday 15 August 2016

MAKLUMAN - TAKLIMAT SEBARAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SEMAKAN) KEPADA SEMUA GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016