Saturday 31 December 2016

UCAPAN TAHUN BARU 2017

Assalamualaikum...

Kepada semua GPra dan PPM Prasekolah Daerah Kuala

Terengganu dan Kuala Nerus...

Saat berganti menjadi minit
Minit berlalu menjadi jam
Waktu yang singkat seperti mimpi
Jadilah sebagai cahaya
Jadilah sinar dalam gelap
Jadilah inspirasi yang memberi perubahan

Tinggalkan segala bentuk kesedihan yang telah berlalu
biarkanlah ia berlalu,
bebaskanlah,
mari kita mulai mengharungi hidup yang baru
dengan penuh semangat dan optimisme menggebu

Esok, bermulanya buku baru,
Helaian pertama untuk KSPK Semakan
Minggu pertama untuk permulaan
Minggu pertama untuk perubahan

Kepada GPra yang baru,
Selamat bertugas ditempat baharu,
suasana baharu,
walau sedikit haru biru,
bersabarlah dahulu

Kepada GPra Kelas Peluasan,
Bersabarlah dengan keadaan,
Esok memang ada pelbagai dugaan,
Kerusi Meja masih kekurangan,
Tetapi cikgu jangan bimbang,
akan kami bantu hingga senang

Kepada GPra lama dan otai kawasan,
Mulakan esok dengan senyuman,
kalau ada parent datang,
beritahu elok2, ini bukan pusat asuhan,

Kepada PPM Prasekolah,
Mulakan hari esok dengan sarapan sedap
Biar murid cikeding menjadi tegap
Pastikan makan pagi lebih lebih hebat
Supaya murid balik teringat-ingat

Siapalah kami Penyelia Prasekolah kalau tanpa
sokongan, bantuan dan kerjasama dari anda semua

JIWA akan sepi tanpa TEMAN.
HATI akan mati tanpa IMAN.
HARI ini adalah KENYATAAN,
SEMALAM adalah KENANGAN,
ESOK adalah IMPIAN.
Sucikan HATI,
Jernihkan PIKIRAN,

Sambutlah Tahun Baru dengan positif..,
Selamat Tahun Baru 2017.


Dari:

Kamal Fatimi Azmi
Penyelia Pendidikan Khas, Swasta dan Prasekolah

PESANAN SEBELUM BERMULANYA SESI 2017

Assalamualaikum...

Kepada semua GPra dan PPM Prasekolah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus...

Berikut ialah sedikit pesanan dari KPM, JPNT dan PPD...

1. Pastikan kerusi murid cukup untuk digunakan bermula pada hari pertama, 01 Januari 2017. Jika kerusi tidak mencukupi, jangan letak sebilangan murid di kerusi dan sebilangan lagi di lantai.. biar semua duduk dilantai, itu lebih baik. (ini termasuk dalam kelas dan dalam tempat makan). Jangan bezakan darjat murid.

2. Pastikan juga Semua Dokumen PdP (RPH, Buku PPM dan Buku Kedatangan) siap sedia untuk disemak oleh Pegawai yang hadir.

3. Jika kelas terlibat dengan banjir ( air masuk ke ruang kelas, jalan masuk ke prasekolah ditenggelami air) pastikan murid dikumpulkan di kawasan kering (contoh: Dewan @ Bilik lain).

Selamat Menjalankan Tugas...

Dari:

Kamal Fatimi Azmi
Penyelia Pendidikan Khas, Swasta dan Prasekolah