Tuesday 26 May 2015

PENTING : PENGUMPULAN MAKLUMAT KURSUS PENGENDALIAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH 2015

Assalamualaikum.
Perhatian kepada SEMUA PPM PRASEKOLAH, PPDKT sedang mengumpul data berkaitan Kursus Pengendalian dan Penyedian Makanan Selamat dengan tujuan untuk memastikan semua PPM Prasekolah di daerah Kuala Terengganu telah pun mendapat sijil yang diperlukan untuk menjalankan tugas masing-masing.

Jika borang yang dimuatturun dari portal ppdkt.net/v2 adalah kurang jelas, maka bersama-sama ini disertakan borang yang sama untuk di muatturun.

Sila pastikan borang tersebut lengkap diisi dan dikembalikan kepada En. Kamal Fatimi B Azmi, Penyelia Pendidikan Khas, Swasta dan Prasekolah di Aras 2, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sebelum atau pada 31 Mei 2015, Jam 12.45 petang.

Sekian. Harap Maklum
--


Tuesday 12 May 2015

PENTING : Pembugaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Assalamualaikum..
Perhatian kepada semua Guru Besar Sekolah Yang Mempunyai Prasekolah,
Satu Program Pembugaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Bagi Semua Guru Prasekolah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Sila Muatturun Surat Diatas)

akan diadakan sebagaimana berikut :

        Tarikh        :    19 MEI 2015 (SELASA)
        Tempat      :    Dewan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk
        Masa         :    08.00pg – 5.00petang

SEMUA GURU PRASEKOLAH DIWAJIBKAN untuk menghadiri sendiri pembugaran diatas.
* Sila Bawa Bersama BUKU KSPK.
( Kursus ini tidak melibatkan Guru Pra PPKI )

Surat ini juga boleh dimuatturun melalui URL : http://1drv.ms/1PgtENI

--