Monday 15 May 2017

SELAMAT HARI GURU 2017

Assalamualaikum...

Jazakumullahhu khairan katsira kepada semua guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika,Prasekolah,  Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. 

Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

Aaminn



Untuk renungan bersama...

Pada saya cikgu-cikgu sentiasa menjadi mangsa keadaan... 
Cikgu di caci orang x bising... 
Cikgu di hina orang x bising.... 
Cikgu di herdik orang x bising... 
Cikgu di pukul orang x bising... 
Cikgu di saman orang x bising.... 
Niat cikgu sering disalah ertikan... 
Cikgu korban duit untuk murid orang x pandang.... 
Cikgu korban masa untuk murid orang x pandang... 
Cikgu korban tenaga untuk murid orang x pandang... 
Cikgu korban rasa untuk murid orang x pandang.... 
Cikgu korban perasaan anak-anak dan keluarga untuk murid orang x pandang.... 
Cikgu buat segala kebaikan untuk murid orang x pandang....
Pengorbanan cikgu orang x pandang.... 
Niat cikgu sering di salah ertikan..... 

Di sekolah, cikgu sentiasa ingatkan murid supaya 
Sentiasa menghormati ibu bapa... 
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa.... 
Sentiasa menyayangi ibu bapa.... 
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... 
Jangan biadab dengan ibu bapa.... 
Jangan melawan ibu bapa... 
Jangan derhaka pada ibu bapa...

Tapi berapa ramai ibu bapa yang ingatkan anak 
Supaya hormati cikgu..... 
Supaya mengenang jasa cikgu... 
Supaya menyayangi cikgu... 
Supaya tidak bercakap kasar dengan cikgu... 
Supaya tidak biadap dengan cikgu... 
Supaya tidak melawan cikgu... 
Supaya tidak derhaka pada cikgu....

Gaji cikgu yang sering diungkit... 
Hadiah untuk cikgu yang sering diungkit... 
Cuti cikgu yang sering diungkit.... 

Seorang dua cikgu yang buat silap, semua cikgu kena kutuk... 
Seorang dua cikgu yang buat salah, semua cikgu kena hina... 
Cikgu pun manusia biasa....

Orang yang bukan cikgu  
Tidak pernah memahami perasaan cikgu.... 
Tidak pernah memahami hati cikgu...

Orang x tahu... 
bila tiba hari kejohanan sukan, cikgu kumpul duit untuk tampung beli makanan murid.... 
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan cikgu kumpul duit untuk tampung beli hadiah untuk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang x tahu, 
Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yang bernilai 30 sen dari seorang murid yang miskin... 
Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yang bernilai 50 sen dari seorang murid yang miskin..
Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang dari pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai cikgu...
Biarkan apa orang nak kata...
Biarkan apa orang nak cerca...
Biarkan apa orang nak nista...
Biarkan apa orang nak hina...

Bukan pujian yang cikgu pinta...
Bukan sanjungan yang cikgu damba....
Bukan darjat yang cikgu puja..
Bukan hadiah yang cikgu paksa...

Serahlah saja pada yang Esa..
Sekali cikgu, selamanya cikgu..

Kepada sahabat-sahabatku yang bergelar cikgu...

SELAMAT HARI GURU
Terima kasih cikgu...

I'm proud to be a teacher...👩‍🏫👨‍🏫

Ilham rasa
"Aku Orang Biasa"