Friday 9 October 2015

SEGERA : PELAKSANAAN PENGISIAN INSTRUMEN KESEDIAAN MURID KE TAHUN SATU (IKMTS) - BARU

Tuan,
 
Untuk makluman, bagi mendapatkan laporan Kesediaan Murid Ke Tahun Satu tahun 2015 yang lebih komprehensif, Sektor Pengurusan Prasekolah, BPSH telah membuat sedikit penambahbaikan kepada template skor sekolah, PPD dan JPN iaitu dengan menambah pengumpulan data berkaitan dengan kesediaan murid dalam kemahiran asas 3M.

Sehubungan dengan itu, template skor yang baharu beserta kaedah pengisiannya boleh dimuatturun melalui http://1drv.ms/1GzEvZP untuk tindakan selanjutnya. Tarikh pengisian peringkat sekolah ialah bermula dari 09 Oktober hingga 15 Oktober 2015.

Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian, terima kasih.



http://1drv.ms/1GzEvZP
--

1 comment: