Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Program Jelajah Pendidikan KPM pada 25 dan 26 Mac 2017 di Perkarangan Mydin Mall Kuala Terengganu, Terengganu dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti pameran, showcase dan banyak lagi. Semua dijemput hadir.
Tuesday, 21 March 2017
HEBAHAN : PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KPM 2017 - TERENGGANU
Monday, 13 March 2017
TAKLIMAT KHAS e-PRASEKOLAH ONLINE 2018 PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS
( KAMAL FATIMI BIN AZMI )
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )
Email : kamalf.azmi@gmail.com
MAKLUMAN NOMBOR TELEFON RASMI PPD KUALA NERUS
Penyelia Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus
( b/p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus )
Email : kamalf.azmi@gmail.com
Sunday, 5 March 2017
PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2018 SECARA ONLINE
Cara Mendaftar Prasekolah Secara Online Bagi Sesi 2018 Seluruh Negeri
Untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh membuat pendaftaran prasekolah 2018 secara online atau secara manual melalui prasekolah yang dipilih.
Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak berusia sekitar 4-5 tahun bolehlah bersiap-sedia dan mula melihat pilihan prasekolah yang ada di sekitar sebelum membuat pendaftaran.
Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah
Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:
· Kanak-Kanak WargaNegara Malaysia Sahaja
· Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2012 – 15 Januari 2014
Tempoh Permohonan Prasekolah 2018
1. Secara Atas Talian
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Online
Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Isi Borang Online
Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.
2. Cetak Borang Permohonan
Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.
Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.
3. Semak Status Permohonan
Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.
Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.
Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Manual
1. Ambil Borang
Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
2. Lengkapkan Borang
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.
3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan
Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.